5. Bagaimana kaedah pelaksanaan pengajian di LTA ?
Perlaksanaan pengajian di LTA melibatkan kaedah pengajian secara teori (40%) dan amali (60%). Model pengajian yang diketengahkan dalam “Joint Certificate” ini melibatkan kerjasama pintar bersama beberapa hotel dan syarikat pelancongan terpilih di Langkawi. Di mana, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada bidang pelancongan dan hospitaliti secara externship (in situ learning) dan internship di hotel dan syarikat pelancongan tersebut sebagai sebahagian daripada kurikulum pengajian mereka.

Selain daripada itu, setelah pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya, pelajar akan dianugerahkan dengan sijil yang diiktirafkan oleh pengurusan tertinggi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Taylor’s University. Hal ini membuatkan LTA begitu unik dan berbeza dari kolej komuniti lain seluruh Malaysia.

6. Berapakah jumlah yuran yang dikenakan untuk mengikut pengajian di LTA?
Setiap semester, yuran pengajian yang dikenakan adalah sebanyak RM200.00 sahaja. Ini adalah tidak termasuk dengan bayaran lain seperti bayaran pakaian dan peralatan bengkel, aktiviti asrama dan sebagainya, namun jumlah yuran tersebut adalah sangat murah berbanding dengan kolej swasta yang boleh mencecah sehingga puluhan ribuan ringgit.


7. Adakah bantuan kewangan disediakan kepada para pelajar dan bagaimana untuk memohon?
Pelajar-pelajar yang mengikuti program sijil sahaja akan disalurkan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) iaitu sebanyak RM 3600.00 sepanjang pengajian. Bantuan kewangan ini diberikan kepada pelajar program sijil yang ibu bapanya pendapatan RM 3000.00 ke bawah.

Manakala bagi program Diploma pula, tiada bantuan kewangan diberikan. Namun, pelajar boleh memohon Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau sumber bantuan kewangan yang lain.

8. Adakah kemudahan asrama disediakan kepada para pelajar?
Ya, LTA menyediakan kemudahan asrama.

9. Adakah program yang ditawarkan di LTA sama seperti program lain yang terdapat di Kolej Komuniti di Malaysia?
Tidak, program yang ditawarkan di LTA tidak ditawarkan di Kolej Komuniti yang lain. Hal ini kerana hanya LTA menawarkan program Joint Certificate, kerjasama dengan Taylor’s University. LTA adalah satu-satunya kolej komuniti yang menawarkan sijil tersebut.

10. Bolehkah lulusan LTA menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi?
Sijil-sijil yang ditawarkan kepada pelajar LTA telah diperakui oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) sejak tahun 2015. Oleh hal yang demikian, para lulusan LTA boleh memilih untuk menyambung pelajaran sama ada ke peringkat Diploma atau lebih tinggi tanpa sebarang halangan. Tambahan pula, LTA turut menawarkan program pengajian peringkat Diploma kepada calon pelajar yang layak.

11. Apakah kelebihan memiliki sijil dan diploma daripada LTA?
Mengikut laporan Kajian Pengesanan Graduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, pada tahun 2019 sebanyak 95.7% lulusan LTA telah berjaya mendapat peluang pekerjaan dalam bidang pelancongan dan hospitaliti, tidak kurang juga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa lulusan LTA mempunyai peluang yang tinggi untuk bekerja dalam industri hasil dari pendedahan secara teori, amali serta kemahiran ‘soft skill’ yang telah diterapkan sepanjang tempoh pengajian mereka di LTA dan latihan industri di hotel atau syarikat pelancongan terpilih.

12. Bagaimanakah permohon untuk menyambung pengajian di LTA?
Ambilan LTA diadakan dua (2) kali setahun, iaitu ambilan Jun dan Disember. Permohonan bagi ambilan Jun adalah melalui UPU Online, pemohon perlu membeli Pin Unik ID UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan dengan harga RM15.60. Sila layari https://www.infoupu.com/ untuk mendapatkan panduan serta tarikh penting permohonan.

Manakala bagi ambilan Disember, pemohon boleh melayari https://mytvet.edu.my/eborang/default_xie.asp