Info


Unit Peperiksaan Langkawi Tourism Academy (LTA) bertanggungjawab menguruskan dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan peperiksaan, penilaian dan data persijilan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan daripada setiap program yang terdapat di LTA.

Unit ini juga menyimpan rekod keputusan pelajar selain daripada senarai lulusan yang telah menamatkan pengajian di LTA.

Antara aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Unit Peperiksaan adalah seperti berikut:

•Menyelaraskan aktiviti penyediaan soalan peperiksaan pada setiap semester;
•Menyelaraskan aktiviti berkaitan perlaksanaan peperiksaan akhir (merujuk kepada takwim aktiviti peperiksaan yang dikeluarkan oleh JPPKK);
•Menyediakan tempat dan keperluan peralatan bagi tujuan peperiksaan
•Pengurusan bank soalan;
•Memproses dan mengumumkan keputusan penilaian;
•Penyediaan laporan keputusan peperiksaan akhir semester untuk pembentangan dan pengesahan oleh Jawatankuasa Peperiksaan LTA;
•Penyediaan laporan keputusan peperiksaan akhir semester untuk pembentangan dan pengesahan oleh Lembaga Peperiksaan;
•Penyediaan data dan rekod persijilan;
•Penyediaan transkrip pelajar;
•Penyediaan Sijil/Diploma; dan
•Membuat pengesahan graduan/lulusan bagi majlis konvokesyen.