1. Apakah program yang ditawarkan di Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi (LTA) ?

LTA menawarkan lima (5) program di bawah bidang pelancongan dan hospitaliti dimana program tersebut adalah program yang dianugerahkan bersama oleh Taylor's University iaitu:
• Certificate in Culinary Arts (Sijil Seni Kulinari);
• Certificate in Food and Beverage Service(Sijil Perkhidmatan Pramusaji);
• Certificate in Room Division (Sijil Pengurusan Penginapan);
• Certificate in Recreational Tourism (Sijil Pelancongan Rekreasi); dan
• Diploma in Hotel and Management (Diploma Pengurusan Hotel)


2. Adakah program LTA telah mendapat pengiktirafan dari pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA)?
Ya, program-program yang ditawarkan LTA telah mendapat pengiktirafan dari pihak MQA sejak tahun 2015. Sila layari https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm untuk meklumat lanjut.


3. Adakah LTA merupakan institusi pengajian tinggi swasta?
Tidak, LTA merupakan institusi pengajian tinggi awam di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Berapakah tempoh pengajian program Sijil dan Diploma di LTA?

Program Sijil

Pengajian akan berlangsung selama 2 tahun (24 bulan) iaitu merangkumi teori selama 18 bulan di LTA dan Latihan Industri (Internship) selama 6 bulan di mana-mana hotel atau syarikat pelancongan yang terpilih umumnya yang berada di Langkawi.

Program Diploma

Pengajian akan berlangsung selama 3 tahun (36 bulan) iaitu merangkumi teori selama 2 tahun (24 bulan) di LTA, 20 minggu Work Based Leaning (WBL) di industri dan Latihan Industri (Internship) selama 6 bulan di mana-mana hotel atau syarikat pelancongan yang terpilih umumnya yang berada di Langkawi.